Salam Sejahtera,

Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua kerana sudi datang berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada apa-apa persoalan atau perasaan ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung dengan isu-isu yang terkandung di dalam blog ini, kecil tapak tangan 1Malaysia saya tadahkan. Kawan-kawan semua saya persilakan untuk bertanyakan terus kepada saya melalui phone, emel atau ruang chat yang ada disediakan dalam blog ini. Kita juga boleh terus berinteraksi dengan menjadi follow di antara sesama kita manalah tahukan hari ini, esok atau lusa mungkin tiba-tiba sahaja muncul sesuatu perkara atau peluang yang datang samada dari saya ataupun dari kawan-kawan, jadi mudahlah ianya dikongsibincangkan. Kerana kate orang “peluang itu selalunya datang dalam keadaan kita tidak bersedia”…dengan cepatnya maklumat itu sampai pada kita & pantas kemasnya tindakan proaktif yang menyusulinya ……. Apakah hasilnya?

21 July, 2011

Pengantara Insurans

Bahan ini saya perolehi setelah dengan sengaja terselak klik laman web(situs) ini http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/kerjaya/754  :)
Lantaran merasa agak tertarik dengan tulisan ini maka saya mengambil keputusan untuk muatkannya terus dalam ke blog saya  tanpa mengubah apa-apapun isi kandungannya bagi mengekalkan keasliannya untuk dikongsikan sesama kita semua. 

Pengantara Insurans
Ditulis oleh Fatimah Abu Bakar   
Rabu, 14 Julai 2010 23:07

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jalan-jalan ke Tasik Chini,
Pengantara Insurans adalah tajuk ruangan kerjaya kali ini....
Bertemu kita kembali dalam ruangan kerjaya yang membincangkan tajuk “Pengantara Insurans”. 
        Pasti adik-adik semua tertanya-tanya siapakah yang terdiri dalam golongan pengantara insurans ini. Jadi saya akan mengulas tajuk ini dengan lebih terperinci lagi..Pada masa kini, masih ramai pelajar dan remaja yang kurang mengetahui atau terdedah dalam bidang insurans khususnya pelajar bumiputera. Insurans sebenarnya berkait rapat dan mempunyai kaitan dengan kehidupan setiap individu. Contohnya, jika kita membeli kenderaan seperti motosikal atau kereta, kenderaan itu harus dilindungi oleh insurans. Sekiranya berlaku kemalangan, pemiliknya akan mendapat perlindungan insurans tersebut. Justeru itu, masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan dan keperluan insurans khususnya insurans hayat persendirian dalam kehidupan seharian. Bidang ini pasti akan menjamin prospek kerjaya yang cerah berikutan meningkatnya pengetahuan dan kesedaran masyarakat di negara ini mengenai perlunya membeli polisi insurans hayat. Pengantara insurans ialah individu atau organisasi yang membantu pelanggan membeli atau mendapatkan polisi insurans. Kumpulan berikut merupakan pengantara insurans:
• ejen insurans
• broker insurans
• penasihat kewangan
Ejen insurans akan mewakili syarikat insurans. Ejen insurans terbahagi kepada dua iaitu ejen insurans hayat menjual produk hayat dan ejen insurans am menjual produk selain produk hayat. 
Tugas utama ejen insurans adalah seperti yang berikut:
- Menerangkan ciri-ciri produk insurans kepada pelanggan
- Menjual produk insurans bagi pihak syarikat insurans
- Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau pelanjutan sesuatu polisi
Broker insurans pula akan mewakili pelanggan dan menjalankan tugas utamanya seperti yang berikut:
- Menasihati pelanggan tentang perlindungan dan syarat polisi insurans yang paling sesuai dan menguntungkan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans
- Mencari sebut harga terbaik untuk pelanggan
- Membantu pelanggan mendapatkan atau memperbaharui perlindungan insurans daripada syarikat insurans
Penasihat kewangan ialah pihak bebas yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan profesional kepada pelanggan bagi produk seperti insurans, amanah saham, bon atau saham. 
Penasihat kewangan memberikan perkhidmatan utama seperti yang berikut:
- Menganalisis keperluan perancangan kewangan pelanggan yang berkaitan dengan produk insurans
- Mencari produk insurans yang sesuai, dan dapat memenuhi keperluan dan kemampuan pelanggan dengan tepat
- Mengatur kontrak insurans antara syarikat insurans dengan pelanggan
Selain itu, untuk menjadi pengantara insurans, beberapa ciri-ciri peribadi diperlukan dalam kerjaya ini. Salah satunya ialah meminati profesion ini dan mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi. Ini adalah sangat penting kerana pengantara insurans harus meyakinkan pelanggan tentang polisi insurans syarikat mereka. Individu-individu juga boleh bekerja sebagai perunding insurans yang menjanjikan pendapatan lumayan dan terjamin melalui komisen jualan insurans. Justeru itu, mereka haruslah rajin, tekun dan kuat berusaha untuk mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan.Oleh kerana pekerjaan ini melibatkan pengiraan, maka individu ini seharusnya mahir dan minat bidang matematik. Selain itu, individu ini juga perlu mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi , tidak malu untuk berurusan dengan orang ramai dan sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa.
Apabila berurusan dengan pelanggan, peranan seorang pengantara insurans ialah perlu menunjukkan Kad Pendaftaran Ejennya kepada pelanggan apabila diminta berbuat demikian (hanya berkaitan dengan ejen insurans sahaja), mempunyai pengetahuan mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Selain itu, broker insurans dan penasihat kewangan dikehendaki memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk yang ada dalam pasaran. Pengantara insurans juga dikehendaki menerangkan dengan jelas kepada pelanggan, jenis maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan, dan juga tentang betapa mustahaknya untuk memaklumkan fakta yang penting. Tambahan pula, pengantara insurans perlulah menerangkan dengan jelas, terma dan syarat utama kontrak insurans yang dicadangkan untuk membantu pelanggan memahami produk yang dibeli. Setelah membaca artikel mengenai kerjaya seorang pengantara insurans, adakah adik-adik berminat untuk menceburi bidang ini? Terdapat beberapa syarat yang diperlukan untuk menyertai dunia kerjaya insurans iaitu individu harus memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala bagi pemegang diploma atau ijazah sarjana muda dibidang berkaitan memiliki kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan ini. Bagi mereka yang berkelulusan bukan di bidang ini tetapi berminat untuk menjadikan insurans sebagai kerjaya juga boleh memohon. Selepas ditawarkan pekerjaan ini, mereka akan dilatih tentang pengetahuan dan selok-belok ilmu insurans. Syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma adalah seperti berikut:
• Peringkat ijazah sarjana muda
Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM termasuk kepujian dalam matematik, serta lulus dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya ekonomi atau perakaunan di peringkat Sijil Tinggi persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma dalam bidang berkaitan dan universiti, politeknik, maktab perguruan dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza).
• Peringkat diploma
Pelajar harus lulus dengan baik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/SPMV serta kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik serta tiga mata pelajaran lain.
Terdapat universiti dan IPT tempatan yang menawarkan kursus insurans sama ada di peningkat diploma atau ijazah sarjana muda. Salah satunya ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menawarkan Diploma dan Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Insurans). Manakala di peringkat ijazah sarjana muda, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti tempatan menawarkan program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pengkhususan bidang insurans di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Universiti lain seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaya (UM) juga menawarkan beberapa kursus berkaitan insurans. Selain itu, universiti-universiti luar negara seperti di Amenika Syarikat juga menawarkan program seumpama ini.
Jika adik-adik berminat untuk menceburi dalam bidang ini, adik-adik perlulah berusaha lebih rajin lagi untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas. Lebih banyak informasi tentang kerjaya ini boleh didapati dengan melayari internet dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kerjaya ini.....


Sekian, terima kasih..


Bagaimana?.., pada pendapat saya penerangan yang diberikan mengenai "Pengantara Insurans" seperti di atas adalah ringkas padat tetapi amat jelas & mudah difahami.  Walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang kekurangan bahan atau fakta yang menjadi pertanyaan@persoalan atau inginkan maklumat yang lebih jauh lebih jelas, janganlah berasa segan untuk berhubung dengan 
saya  ;)

16 July, 2011

Life Left With Nothing

This poem was inspired by the loss of a loved one who was the provider of the family, having no safeguard the person themselves suffers economic despair along with the emotional grief of losing a loved one.

Life Left With Nothing
Through all the years of love
support unconditional and true
a life interrupted by tragedy
I have nothing left of you
My home crumbles around me
disrupted life drifting like dust
a broken heart joined in grief
why wasn’t life insurance a must?
-Poem by Dragon Blogger


Even in a weaker economy it is wise to have insurance to protect you and your family in case of the worst. It doesn’t cost much to get a cheap policy just to help make sure that your family is well protected in case of a tragedy or worse. I myself have a small policy just to make sure my family can keep everything in order and won’t be forced to lose their home in case something should happen to me.

13 July, 2011

Kesignifikan memiliki insurans

Berikut adalah perkara-perkara yang biasa kita dengar atau mungkin pernah kita terbaca pada mana-mana artikel dalam media yang menerangkan tentang fungsi atau tujuan sesuatu insuran itu dimiliki. Peratus sebab-sebab kenapa seseorang timbul niat untuk memilikinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain bagi setiap kepentingannya seperti yang dinyatakan di bawah dan mungkin juga ada telah atau baharu terfikir untuk memilikinya tetapi diluar dari kepentingan yang saya nyatakan berikut ini.
1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.
8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.
10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen. :)
11. Lain-lain sebab yang saya belum terfikir tulis tetapi hanya anda sendiri yang tahu sebabnya. ;)

12 July, 2011

INSURANS

Maklumat ini merupakan asas pengenalan untuk membantu sebahagian dari kita yang kurang memahami apakah itu insuran. Dengan maklumat ini kita tidak lagi perlu mengelak, seolah-olah kita takut & tak suka serta terasa perlu menjauhkan diri dari perkara-perkara yang berkaitan dengan insuran. Ketidak selesaan seringkali berlaku setiapkali kemunculan agen insuran yang cuba memperkenalkan produk keluaran syarikatnya kepada kita, ini menyebabkan tahap kefahaman kita tentang insuran begitu sempit sekali jauh sekali dari fakta sebenar yang sepatutnya kita ketahui. Maklumat-maklumat yang penting ini adalah berhubung dengan maklumat tentang jenis perniagaan insurans, prinsip asas insuran dan lain-lain. Apa tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku masalah dan saluran yang betul untuk membuat aduan.  
Ketahui maklumat berikut:
1.          Apakah Insurans?
        Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, yarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.
2.          Jenis Insurans terbahagi kepada:
             i.          Insurans hayat
             ii.         Insuran am.
3.          Prinsip Asas Insurans
Empat prinsip asas insurans adalah:
i.           Kepentingan boleh Insuran.
          Anda harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diin suranskan akan mengakibatkan anda menanggung krugian kewangan. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kereta anda, anda juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya anda terus menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut.
ii.          Penuh percaya mutlak
          Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Anda, sebagai pemegang polisi, mestilah mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut  mungkin menjadi tidak sah.
iii.         Indemniti
        Hanya diguna pakai untuk kerosakan  fizikal sesuatu harta benda (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada polisi insurans. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian.
iv.        Sumbangan
           Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, anda boleh atau berhak membeli lebih daripada satu polisi sekiranya anda ingin melindungi hayat anda.

Seterusnya saya ingin perkenalkan satu produk keluaran Allianz Life Insurans yang dikenali sebagai Simpanan DanaPadu dengan kadar faedah pulangan yang bermula dari paras 9% setahun + Percuma insuran hayat + insuran P.A(kemalangan). Apa yang menarik selain dari faedah pulangannya yang tinggi di pasaran kewangan semasa, para ahli juga bakal menikmati pulangan jangka pendek/cepat yang lumayan jika turut serta mengembangkan pemilikan produk ini di pasaran setempat.

Proses Pembelian Insuran Hayat

Perkara-perkara penting yang patut difikir teliti dalam proses pembelian Insuran Hayat.



Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
•    Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
•    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
•    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
•    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi endapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
•    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
•    Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
•    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
•    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
•    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

04 July, 2011

Syarikat Insuran

Peraturan-Peraturan & Perundangan

Peraturan-peraturan dan perundangan untuk sektor insurans am digariskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan bantuan khidmat runding daripada Bank Negara Malaysia (BNM) . PIAM merupakan badan berkanun yang diiktiraf kerajaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat insurans berdaftar yang menjalankan perniagaan insurans am di dalam negara.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mempunyai sejumlah 18 ahli, di mana 16 daripadanya adalah syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat. Di bawah Seksyen 22 Akta Insurans 1996, adalah menjadi satu kewajipan untuk semua syarikat insurans hayat/insurans semula hayat menjadi ahli LIAM.

Akta Insurans 1996 (menggantikan Akta Insurans 1963) merupakan undang-undang utama bagi sektor perniagaan insurans hayat di Malaysia. Terdapat dua jenis skim perlindungan insurans yang ditawarkan di Malaysia iaitu insurans konvensional dan insurans takaful (Bahasa Inggeris sahaja) ataupun lebih dikenali sebagai skim insurans islam.

Sila klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Sumber maklumat diperolehi terus dari: