Salam Sejahtera,

Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua kerana sudi datang berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada apa-apa persoalan atau perasaan ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung dengan isu-isu yang terkandung di dalam blog ini, kecil tapak tangan 1Malaysia saya tadahkan. Kawan-kawan semua saya persilakan untuk bertanyakan terus kepada saya melalui phone, emel atau ruang chat yang ada disediakan dalam blog ini. Kita juga boleh terus berinteraksi dengan menjadi follow di antara sesama kita manalah tahukan hari ini, esok atau lusa mungkin tiba-tiba sahaja muncul sesuatu perkara atau peluang yang datang samada dari saya ataupun dari kawan-kawan, jadi mudahlah ianya dikongsibincangkan. Kerana kate orang “peluang itu selalunya datang dalam keadaan kita tidak bersedia”…dengan cepatnya maklumat itu sampai pada kita & pantas kemasnya tindakan proaktif yang menyusulinya ……. Apakah hasilnya?

Panduan

Cara Mengisi Borang-Borang Yang Berkaitan:-


1. Borang INFOMASTER CONSULTING CENTRE
o MAKLUMAT PEMOHON: Isikan sepenuhnya
o MAKLUMAT PASANGAN: Isikan nama isteri atau suami bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Lihat petak TARAF PERKAHWINAN)
o MAKLUMAT PEWARIS: Pewaris mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Masukkan butiran pewaris selengkapnya. Pewaris, mungkin isteri/suami pemohon, anak, cucu dan siapa sahaja.
o MAKLUMAT BANK: (Simpanan RM100 ke dalam Danapadu adalah dibuat melalui potongan Auto Debit bank) Masukkan Nama bank, Cawangan dan Nombor akaun dalam petak-petak yang disediakan.
o MAKLUMAT PENAJA: Biarkan kosong. Anda hanya perlu menandatangani ruang TANDATANGAN PEMOHON dan tuliskan tarikh di ruangan TARIKH di bawahnya. Biarkan kosong ruang-ruang yang terdapat dalam bahagian ini.
o Jika anda berumur 45 tahun dan ke atas, dan memutuskan orang yang hendak diinsurankan ialah anak Pemohon (anda), catatkan butiran anak seperti berikut, di muka surat 2 (belakang borang INFOMASTER CONSULTING CENTRE) di bawah MAKLUMAT PENTING.
§ Nama yang diinsurankan
§ No Kad Pengenalan (jika ada)
§ Tinggi
§ Berat
§ Kerja (jika ada): penuntut (jika masih belajar)
§ Gaji (jika kerja)

2. Borang Customer Fact Find Form / Borang Carian Fakta Pelanggan

o Anda tidak perlu mengisi apa-apa butiran-butiran dalam borang ini. IFM yang mengisikan untuk anda, berdasarkan kepada borang IFM anda.

o Hanya tandatangan sahaja diperlukan, di 2 ruang yang disebut di bawah ini, (mengikut situasi).
§ Satu (1), di muka surat pertama, di ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian Section A Client’s Choice, dan
§ dua (2), di muka surat 3, di ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian 3.3 Client’s Acknowledgement.

o Jika anda berumur bawah 45 tahun, turunkan tandatangan di dua tempat tersebut:
§ 1), di muka surat pertama, di ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian Section A Client’s Choice, dan
§ 2), di muka surat 3, di ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian 3.3 Client’s Acknowledgement.

o Jika anda berumur 45 tahun atau lebih, orang yang diinsurankan ialah bukan anda, tetapi seorang yang lain, seperti anak, cucu, atau siapa-siapa yang lain.
§ Di muka surat pertama, ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian Section A Client’s Choice hendaklah ditandatangani oleh orang yang diinsurankan, dengan situasi berikut:
· Jika orang yang diinsurankan berumur lebih 18 tahun, hendaklah ditandatangani olehnya (bukan anda)
· Jika orang yang diinsurankan berumur bawah 18 tahun, hendaklah ditandatangani oleh Pemohon (anda).
§ Di muka surat 3, di ruang Signature of Client / Tandatangan Pelanggan, dalam bahagian 3.3 Client’s Acknowledgement, hendaklah ditandatangani oleh anda.


3. Borang Application Form For Life Assurance / Borang Permohonan Untuk Insurans Hayat:

o Borang ini adalah mengenai orang yang diinsurankan.
§ Jika anda berumur bawah 45 tahun, orang yang diinsurankan adalah anda.
§ Jika anda berumur 45 tahun dan ke atas, orang yang diinsurankan adalah bukan anda, tetapi seorang yang lain, seperti anak, cucu, atau siapa-siapa yang lain.
o Borang ini tidak perlu diisi (biarkan kosong).

o Turunkan tandatangan di petak-petak dalam muka surat 10 (UW/AF/FEB 2011 10/12) mengikut situasi berikut. Ada dua petak untuk ditandatangani:
§ Petak bernombor 4 Signature of Life Assured / Tandatangan Orang Diinsurankan, dan
§ Petak bernombor 5 Signature of Applicant / Tandatangan Pemohon

o Jika anda berumur bawah 45 tahun, turunkan tandatangan di kedua-dua petak tersebut.

o Jika anda berumur 45 tahun dan ke atas:
§ Petak bernombor 4 Signature of Life Assured / Tandatangan Orang Diinsurankan,
· ditandatangani oleh orang yang diinsurankan, jika berumur lebih 16 tahun tetapibawah 18 tahun. Dan, anda turunkan tandatangan di petak 5 Signature of Applicant / Tandatangan Pemohon.
· Biarkan kosong, jika orang yang diinsurankan berumur bawah 16 tahun. Dan anda turunkan tandatangan di petak 5 Signature of Applicant / Tandatangan Pemohon.
§ Petak bernombor 5 Signature of Applicant / Tandatangan Pemohon ditandatangani oleh orang yang diinsurankan, jika berumur lebih 18 tahun.

4. Borang FPX COLLECTION APPLICATION FORM (2 helai)
o Borang ini adalah berkaitan dengan kaedah simpanan ke dalam akaun Danapadu Allianz, RM100 sebulan. Kaedah yang ditetapkan ialah dengan membuat bayaran auto debit yang dipotong dari akaun bank anda.
o Borang ini hanya untuk akaun bank-bank CIMB, RHB, Public Bank, Hong Leong dan Bank Islam.
o Pemegang Akaun Maybank mesti menggunakan borang asal yang boleh diperolehi dari bank tersebut.

o Isikan selengkapnya ruang-ruang dalam bahagian Part 1: FOR APPLICANT’S COMPLETION:

§ Ruang 1. To: Nama bank
§ Ruang 2. Branch: Nama tempat cawangan
§ Ruang 3. Accountholder’s Name: Nama anda
§ Seterusnya isikan ruang-ruang 4, 6 dan 7.
§ Kosongkan bahagian Payment Details.
Turunkan tandatangan anda di ruang My/Our Company Stamp/Signature (Primary)

Sebarang keraguan, sila hubungi:
Konsultan berhampiran dengan anda.