Salam Sejahtera,

Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua kerana sudi datang berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada apa-apa persoalan atau perasaan ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung dengan isu-isu yang terkandung di dalam blog ini, kecil tapak tangan 1Malaysia saya tadahkan. Kawan-kawan semua saya persilakan untuk bertanyakan terus kepada saya melalui phone, emel atau ruang chat yang ada disediakan dalam blog ini. Kita juga boleh terus berinteraksi dengan menjadi follow di antara sesama kita manalah tahukan hari ini, esok atau lusa mungkin tiba-tiba sahaja muncul sesuatu perkara atau peluang yang datang samada dari saya ataupun dari kawan-kawan, jadi mudahlah ianya dikongsibincangkan. Kerana kate orang “peluang itu selalunya datang dalam keadaan kita tidak bersedia”…dengan cepatnya maklumat itu sampai pada kita & pantas kemasnya tindakan proaktif yang menyusulinya ……. Apakah hasilnya?

13 July, 2011

Kesignifikan memiliki insurans

Berikut adalah perkara-perkara yang biasa kita dengar atau mungkin pernah kita terbaca pada mana-mana artikel dalam media yang menerangkan tentang fungsi atau tujuan sesuatu insuran itu dimiliki. Peratus sebab-sebab kenapa seseorang timbul niat untuk memilikinya berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain bagi setiap kepentingannya seperti yang dinyatakan di bawah dan mungkin juga ada telah atau baharu terfikir untuk memilikinya tetapi diluar dari kepentingan yang saya nyatakan berikut ini.
1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.
8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.
10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen. :)
11. Lain-lain sebab yang saya belum terfikir tulis tetapi hanya anda sendiri yang tahu sebabnya. ;)

No comments: