Salam Sejahtera,

Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua kerana sudi datang berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada apa-apa persoalan atau perasaan ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung dengan isu-isu yang terkandung di dalam blog ini, kecil tapak tangan 1Malaysia saya tadahkan. Kawan-kawan semua saya persilakan untuk bertanyakan terus kepada saya melalui phone, emel atau ruang chat yang ada disediakan dalam blog ini. Kita juga boleh terus berinteraksi dengan menjadi follow di antara sesama kita manalah tahukan hari ini, esok atau lusa mungkin tiba-tiba sahaja muncul sesuatu perkara atau peluang yang datang samada dari saya ataupun dari kawan-kawan, jadi mudahlah ianya dikongsibincangkan. Kerana kate orang “peluang itu selalunya datang dalam keadaan kita tidak bersedia”…dengan cepatnya maklumat itu sampai pada kita & pantas kemasnya tindakan proaktif yang menyusulinya ……. Apakah hasilnya?

04 July, 2011

Syarikat Insuran

Peraturan-Peraturan & Perundangan

Peraturan-peraturan dan perundangan untuk sektor insurans am digariskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan bantuan khidmat runding daripada Bank Negara Malaysia (BNM) PIAM merupakan badan berkanun yang diiktiraf kerajaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat insurans berdaftar yang menjalankan perniagaan insurans am di dalam negara.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mempunyai sejumlah 18 ahli, di mana 16 daripadanya adalah syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat. Di bawah Seksyen 22 Akta Insurans 1996, adalah menjadi satu kewajipan untuk semua syarikat insurans hayat/insurans semula hayat menjadi ahli LIAM.

Akta Insurans 1996 (menggantikan Akta Insurans 1963) merupakan undang-undang utama bagi sektor perniagaan insurans hayat di Malaysia. Terdapat dua jenis skim perlindungan insurans yang ditawarkan di Malaysia iaitu insurans konvensional dan insurans takaful (Bahasa Inggeris sahaja) ataupun lebih dikenali sebagai skim insurans islam.

Sila klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Sumber maklumat diperolehi terus dari:

No comments: