Salam Sejahtera,

Salam sejahtera, selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih saya ucapkan pada semua kerana sudi datang berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada apa-apa persoalan atau perasaan ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung dengan isu-isu yang terkandung di dalam blog ini, kecil tapak tangan 1Malaysia saya tadahkan. Kawan-kawan semua saya persilakan untuk bertanyakan terus kepada saya melalui phone, emel atau ruang chat yang ada disediakan dalam blog ini. Kita juga boleh terus berinteraksi dengan menjadi follow di antara sesama kita manalah tahukan hari ini, esok atau lusa mungkin tiba-tiba sahaja muncul sesuatu perkara atau peluang yang datang samada dari saya ataupun dari kawan-kawan, jadi mudahlah ianya dikongsibincangkan. Kerana kate orang “peluang itu selalunya datang dalam keadaan kita tidak bersedia”…dengan cepatnya maklumat itu sampai pada kita & pantas kemasnya tindakan proaktif yang menyusulinya ……. Apakah hasilnya?

12 July, 2011

Proses Pembelian Insuran Hayat

Perkara-perkara penting yang patut difikir teliti dalam proses pembelian Insuran Hayat.



Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
•    Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
•    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
•    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
•    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi endapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
•    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
•    Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
•    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
•    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
•    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.

No comments: